Thursday, 15 January 2009

sarang saya


sekali imbas,
bilik saya mcm salah sebuah keluarga yg disiarkan dlm rancangan bersamamu

iya betul, jgn menidakkan

sekarang saya berikan sedikit gambaran

disatu sudut,
ada lemari yg sarat dgn muatan baju yg hanya dipakai beberapa kali sahaja

bersebelahan dgn lemari ada,
iron board, gitar dan x ketinggalan sebuah kotak yg dijadikan meja mekup.

satu cermin yg panjang dr atas ke bawah

di lagi satu sudut,
ada rak pinggan mangkuk tiga tingkat, tupperware dan multipurpose cooker
a.k.a dapur main masak2 utk saya dan kawan kecil saya

bersebelahan dgn dapur ada,
meja belajar yg penuh dgn kertas,pelastik,punch card bulan2 lepas, dan juga ada
sebuah tv berukuran 6" skrinnya.
tv itu jugalah yg digeruni kawan kecil saya
kerana sound sistemnya tidak lah seberapa
dan setiap kali nya akan memeranjatkan kawan kecil saya

di lagi satu sudut,
ada katil yg cadarnya selalu sgt saya lupa utk tukar
yg ada beberapa helai ehem2 sidia yg saya simpan, buat peneman tidur
ya, saya penakut tidur sorang2

berdepan dgn katil ada,
rak kasut yg nyatanya hanya dipenuhi kotak kasut yg kosong
kerana semua isinya ada dlm kereta hitam saya, ya semuanya sekali
sehinggakan kakakgarangsaya umpamakan saya sama seperti atuk yg tinggal dlm volvo yg menjadi tajuk utama kosmo.

demikian,
bolehkah disamakan seperti salah sebuah keluarga yg disiarkan dlm rancangan bersamamu?
mungkin kerana saya tnggl sendirian,
tajuk rancangan bertukar menjadi bersamaku??
layak kah saya dpt bantuan, derma org ramai?
haih~

No comments: